Boikot McD: Solidariti terhadap umat Islam di Palestin

Bismillah..

"perlu ke saya memboikot McD sedangkan ramai lagi termasuk pihak kerajaan yang menyokong produk- produk tersebut?"
"adakah ia menjejaskan rakyat Palestin sekiranya saya tidak memboikot syarikat tersebut?"

persoalannya,
- adakah selain memboikot anda berusaha dengan cara lain untuk memperjuangkan hak rakyat di Palestin?
- bukankah kuasa membeli majoriti terletak di tangan anda? (dan kuasa membeli adalah salah satu 'kuasa luar biasa' bukan, sehingga mampu menewaskan nafsu keperluan demi nafsu keinginan! )
- dan kerapkah anda berdoa untuk rakyat Palestin sekerap anda berdoa untuk diri anda?

hari ini, saya mahu berkongsi & sebarkan beberapa maklumat yang saya rasakan penting ini agar ia tersebar meluas di seluruh Malaysia kerana walaupun sudah ada yang sedia maklum tapi saya pasti ramai masih belum maklum semaklum maklumnya kenapa dan bagaimana caranya...:)




(seharusnya kita perlu fahami siapa zionis Isarel & kaitannya dengan rakyat Palestin, tetapi kalau 'malas' nak ambil tahu sangat tentang isu Palestin, cukup 'berjinak- jinak' dulu fahami kenapa ramai orang 'sibuk' dengan isu boikot McD, CocaCola etc....Allah anugerahkan akal untuk cari ilmu kefahaman & berfikir, bukan berhujah tanpa ilmu :) 


dan sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa SEBAB MUNASABAH, begitu juga boikot tidak akan dilaksanakan tanpa sebab sesuka hati, semua berlaku mesti BERSEBAB.....renungkan)
......................................................................................................................................

segala sumber: fb Aqsa Syarif (klik)

Jom pakat kempen ajak kawan-kawan like fb Aqsa Syarif. 
Biar lebih ramai dapat maklumat perjuangan Palestin melalui Aqsa Syarif.


# McD Malaysia tak menyumbang pada Israel? Benarkah?


benar ke? :)


Ada persoalan yang ditanyakan tentang kenyataan dari McD Malaysia ini:

Ini ulasan daripada Pengerusi Aqsa Syarif:

"Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue, mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar). Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan.

Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US boleh meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel!

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing, maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel. Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang boleh dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin???

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'.

Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan 'manis' ini, boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot."


# Mampukah di hadapan Allah nanti kita berkata :
"Ya Allah sesungguhnya makanan dan minum McD terlalu sedap hingga tak mampu aku nk memboikotnya walaupun aku sedar jika aku membeli barangan McD, aku juga menyumbang membunuh ribuan saudaraku di Palestin. Aku nak syurga ya Allah. Jgn bagi aku neraka".

"Ajaklah (pujuklah) keluarga dan teman-teman jangan menjamu selera di McD lagi.
McD adalah rakan korporat 'Jewish United Funds' dan 'Jewish Federation'. Melalui Israel Commison, Jewish United Fund berkerja untuk memastikan sokongan Amerika kepada Israel dari sudut ketenteraan, politik, media dan ekonomi.

Ceritakan pada anak-anak kenapa kita tak boleh makan di McD."


Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

Baca, fahami & fikirlah sebelum mengeluarkan pandangan peribadi :)
*klik link: kenapa boikot?


# Isu boycott McD telah disalah faham sebagai:

1. Boycott yahudi
2. Mengharamkan apa yang halal
3. Banyak lagi benda haram yang diambil oleh umat Islam (termasuklah makan roti telur dari telur yg tidak dicuci).

Bukan rakan-rakan semua. Boikot adalah kerana:

1. Syarikat-syarikat ini sokong Israel (dan ada bukti). McD sudah menyumbang selama 30 tahun kpd Israel dan dapat anugerah 'Friends of Israel'. Jadi boikot McD bukan sbb yahudi tapi sokong zionis/Israel. Makna kalau syarikat orang Islam pun yang sokong Israel akan jadi sasaran boikot juga. Sbb itu tiada seruan boikot ke atas Burger King, A&W, Pizza Hut dll sebab kalaupun syarikat ini milik orang yahudi tidak ada bukti mereka menyumbang kpd Israel. Tidak semua yahudi menyokong Israel bahkan ada organisasi yahudi yang sokong perjuangan Palestin (cth Naturikarta di UK). Dan ramai orang yahudi yang masuk Islam termasuk tokoh-tokoh spt Muhammad assad yg terkenal itu. (ini bukan seruan perkauman)

2. Ini bukan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Ini bukan haram dari sudut syara'. Ini untuk menyatakan solidariti kita terhadap umat Islam di Palestin.

3. Soal status makanan halal atau tidak itu adalah berkaitan hukum syara'. Sedangkan seruan kita adalah tuntutan jihad. Jihad memerlukan pengorbanan harta dan jiwa raga. Apa yang dituntut hanya mengorbankan selera pada suatu produk yg jelas sokong Israel dari sudut kewangan. Tidak lebih dari itu. 

Berikut ialah seruan Syeikh Tantawi - Ulama Azhar atas seruan Boikot 



Jika memboikot banyak barangan Zionis susah, mulalah dahulu dengan empat yang utama: (1) McD, (2) Coca Cola, (3) Nestle dan (4) Loreal. Malaysia boleh! :)
.............................................................................................



:: Audit Prestasi Didik Diri ::
Saya sentiasa mengaitkan setiap perkara yang dilakukan
biarlah ada saham akhirat untuk saya dan kita semua. :)
Ameen.

2 comments:

azri said...

ni ada opinion skit...aku rasa kalo nak boikot mcd...kalo diorang bagi free ambik jer tapi jgn beli... kita boikot... ko bayang kan 1ribu 1 cwngn darab dgn 200 cwngan...200 ratus ribu burger tu...kompon diorang rugi tu pon asalkan tak beli apa2 selain drpda yg free tu..

JomKurus said...

Setiap apa yang diperjuangkan haruslah diresapkan dalam hati agar apa saja tindakan kita sentiasa terpandu pada jalan Allah.

Tindakan harus dilakukan melalui kesedaran dan keinsafan. Semangat dan emosi biasanya akan bermusim, tetapi jika kesedaran yang timbul dari hati, ianya akan terus sebati di dalam jiwa.

Seruan boikot merupakan satu inisiatif menyatakan prihatin umat Islam atas isu kemanusiaan yang melibatkan umat Islam di palestin. Menyertai kempen boikot ini salah satu sumbangan yang baik untuk kesan diri sendiri dan juga komuniti umat Islam.

Semoga apa jua usaha terhadap simpati kita kepada sudut kemusiaan khususnya di Palestin ini mendapat prihatin Allah dan kita jua akan beroleh rahmat, InsyaAllah.

(iklan: jom turunkan berat badan untuk kesihatan. Menurunkan berat badan yang berlebihan juga satu perjuangan! Jom klik nama saya)

Post a Comment

Salam & syukran atas setiap komen.Yg baik dr Allah, sgl khilaf milik hambanya.

Related Posts with Thumbnails

up