Sibuk membaca buku hinggakan. . .


sekadar renungan ~



Genap SETAHUN

Allahuakbar. . .
masuk hari ni dah genap SETAHUN tak menulis kat sini....
last post 4/2/2013
huhuhuhu
kemana menghilang wahai cik Ain :'(
sejak berhijrah kerja ke KL, abih tak usik langsung
just jenguk baca blog2 yg difollow je
so sadddd

Wait!
Rasa macam da takde orang baca je blog ni kalau active balik pun...
ye dak? huhuhu

Setahun, macam- macam hal terjadi....yela SETAHUN kotttt
ada yang manis, ada yang masam
tapi banyak yang manis...kot :P
macam- macam dah berubah,
jumpa group usrah yang sweet,
ada kawan karib yang dah kawin, beranak pinak,
dapat anak buah pertama,
tapi saya je masih belum ber anak
sebab step pertama pun lum lepas lagi, how can i move to that step??
hewhew

Nah! bunga untuk orang yg masih baca blog sawang ni :D
kalau ada yang respon, insyaAllah macam nak active balik.
kalau xde, baca jela ye post2 yg lama tu
hihi

:)


Saat kau dan aku. . .

new stock...baru khatam 2 ½ buah @_@
Life is an Open Secret mmg best!...nak cari lagi dr same author
Fiqh Keutamaan pun mantop...byk sgt yg sy baru tau
Aisyah pn best...baru bc sikit as bedtime story tp tak sabar nak habis, tebal lagi tu


Saat orang lain menatap gadget mereka yang canggih, 
kau dan aku tidak malu membawa temanku si buku kemana- mana dengan gigih.

Saat orang terhibur dengan filem- filem di pawagam,
kau dan aku terhibur sekali di kedai buku biarpun berjam- jam.

Saat orang sanggup berhabis wang membeli gadget idaman,
kau dan aku juga sanggup berlabur untuk buku- buku yang ibarat teman.

Saat mereka merasakan tak keruan tanpa mendengar handphone berderingan,
hidup kau dan aku juga tak keruan tanpa buku seharian.

Subhanallah, hebatnya buku yang diciptakan, hebat lagi ilmu anugerah Tuhan :")

[ain_cucuwasiden, 23 Jan 2013]


p/s: Bagi mereka yang tertanya-tanya tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, ia akan diadakan pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Bersiap sedia untuk menyerbu PWTC :)

Masukkan kalimah ini dalam hati kami

Love this 'pearl' so much.
It reminds me to be humble all the time to all the creation of the creator

..maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). 
Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.
[An-Najm, ayat 32]
.....................................................................................


Dia kata..........
"Iman kita akan jadi sangat kuat bila kita cakap kebesaran Allah di mana sahaja, 
bila-bila masa, dalam apa keadaan, dalam apa mood, apa sahaja. 

Cakap tiada tuhan melainkan Allah. 
Tiada yang berkuasa melainkan Allah. 

Ketika duit tengah banyak, cakap duit tidak boleh beri apa yang saya nak, 
Allah yang bagi apa saya nak. Duit tiada kuasa, Allah maha kuasa.

Ketika tiada duit dan tengah susah pun cakap, Allah berkuasa duit takde kuasa.

Tengah demam panas bagitau Alllah yang buat segalanya. 
Demam makhluk.. Tidak boleh bagi bahaya melainkan dengan izinNya.

Tengah banyak projek datang, cakap semuanya dari Allah.
Tiada tuhan melainkan Dia. 
Ketika xde projek, cakap juga Allah Maha Kuasa.. projek xde kuasa.

Ketika orang suka kita, cakap Allah Maha Kuasa. 
Orang suka, atau tidak suka yang bagi mulia dan hina ialah Allah.

Ketika orang tidak suka pun cakap tiada yang boleh beri faedah melainkan Allah.

Ketika satu dunia sedang agungkan Allah, pun teruskan cakap..
Allah maha kuasa..selain Allah tak boleh buat apa-apa.

Ketika satu dunia sibuk bergegar cakap dan agungkan mahkluk, teruskan cakap, 
Allah maha berkuasa. Dia lah tuhan dan yang memberikan segalanya 
-Sehingga sebelum tinggalkan dunia pun akan kita katakan Laa Ila ha illallah, 
tiada tuhan melainkan Allah -"

( Allahyarham Hj. Muktib )


Wahai Allah, masukkan kalimah ini dalam hati kami semua- Ebit Lew

Akhlak Si Pemilik Gadget

"Dalam dunia gadget hari ini,
kita lihat kadang- kadang orang mulai menyampingkan,
terlepas pandang dari sudut AKHLAK
sibuk dengan handphone, dengan iPad
padahal sedang berbual dengan orang lain di sebelah kita. . .

Tengah order makan pun khusyuk mengadap gadget walhal waiter tengah amik order
menjelaskan seolah- olah budaya dalam masyarakat itu semakin terhakis
bukankah bila orang bercakap kita elok pandang wajah dia
kita berikan senyuman manis pada dia
kita layan dia dengan suara yang memberi perhatian
tapi kita lihat akhlak itu endah tak endah


jangan terlepas pandang...
bukannya menolak kecanggihan
tetapi nilai akhlak itu TERLALU penting."

- Ustazah Norhafizah Musa, slot Usrati ikim.fm -

...............................................................................

isu ini pernah bermain dalam kotak fikiran saya
memandangkan situasi ini banyak dilihat hasil pemerhatian sepanjang bulan keempat menaiki train ulang alik kerja
situasi- situasi itu membuatkan saya muhasabah diri juga
kita melihat akhlak yang tidak menyenangkan hati
adakah akhlak saya cukup menyenangkan hati?
sama- samalah berusaha memperbaiki akhlak yang terbaik di mata Allah

dan saya pernah terbaca satu artikel di langitilahi.com dan sangat terkesan cuma terlupa tajuk artikelnya
mujur ada captured certain ayat dari artikel tersebut

tidak susah untuk melemparkan senyuman pada siapa pun..
tapi senyum pada tempatnya
sambil berjalan sambil bersedekah
(seeloknya sejantina,  kalau berlainan jantina lihat usianya dan kePATUTan utk memberi senyuman)

Ada orang berilmu tapi adab tak berapa comel.

Ada orang berusaha menjaga gadget lebih dari menjaga adab & akhlaknya.

Anak- anak kecil belum baligh juga sudah disogok dengan gadget hingga kurangnya adab & interaksi dengan manusia 

Gadget- gadget itu satu masa akan berubah mengikut zaman & musim, tapi adab & akhlak yang baik haruslah tiada bermusim.

~


Related Posts with Thumbnails

up